Khamis, 3 Ogos 2017

Mengenal Diri


Dan inilah satu risalah yg telah dibukakan bagiku pintu yg memberi faham didalam Sir akalku daripada Allah Azza Wajalla....

Dengan NamaKU yg bersifat Ar-Rahman dan yg bersifat Ar-Rahim, segala puji itu bagiKU Tuhan Pencipta sekalian alam. Bahawa sesungguhnya AKU ALLAH, tiada Tuhan yg disembah dengan sebenar-benarnya melainkan AKU, dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah hambaKU dan RasulKU yg AKU utuskan kepada sekalian makhlukKU

AKU-lah ALLAH,Dzat Yg Wajibul-Wujud Tuhan Pencipta sekalian alam. AKU-lah Dzat Yg Maha Tunggal, SediaKU tiada awal permulaan, KekalKU tiada akhir kesudahan. AKU Maha Hidup dan AKU Berdiri Sendiri, tiada sekutuKU sesuatu. AKU-lah Dzat Yg Maha Esa, Maha Kuasa dan Maha IradatKU diatas segala sesuatu

AKU-lah As-Shomad tempat tumpuan, hajat sekalian makhlukKU. AKU tiada beranak dan tiada yg memperanakkan bagiKU. AKU Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu yg ghaib dan yg nyata, dan segala ilmu itu adalah ilmuKU.

AKU Maha Mendengar lagi Maha Melihat akan tiap-tiap sesuatu. AKU-lah Dzat Yg Berkata-kata, dan Sifat KalamKU itu kekal adanya,
bahawasanya AKU telah pun Berkata-kata dan sedang Berkata-kata dan lagi akan Berkata-kata dengan para hamba pilihanKU selama-lamanya

AKU bukanlah roh dan roh itu bukanlah DzatKU, sesungguhnya roh itu adalah ciptaanKU dan cermin tempat nyata WujudKU

Maha Suci AKU daripada menyamai sesuatu, Maha Suci AKU Tuhan Yg Maha Besar, Maha Suci AKU Tuhan Yg Maha Tinggi daripada sesuatu

Maha Suci AKU daripada pihak dan arah, Maha Suci AKU daripada berbentuk dan berupa yg kasar atau yg halus

Maha Suci AKU daripada dikandung dalam sesuatu atau diluar sesuatu, AKU tiada bertempat didalam ruang, dan AKU tiada suara yg berbunyi dan berhuruf, dan tiada AKU cahaya dan tiada AKU kilauan, warna dan getaran

Maha Suci AKU daripada disifatkan akan DzatKU, Maha Suci AKU daripada dibatasiKU oleh sesuatu

Maha Suci AKU daripada dapat dilihat oleh segala mata dan Maha Suci AKU daripada dapat dipandang oleh segala akal.Maha suci AKU dan Maha Agung AKU daripada dapat dicapai oleh sesuatu, Maha Suci AKU, Maha Rahsia AKU yg tersembunyi SendiriKU

Maha Suci AKU dengan QahharKU yg tiada Kuasa seseorang pun menolakkan segala tadbirKU dan tiada Kuasa keluar daripada segala takdirKU, dan AKU berbuat apa yg AKU Kehendaki, dan tiada sesuatu pun yg dapat menahanKU.

Maha Suci AKU daripada dipersoalkan, apakah?dimanakah?mengapakah?bilakah?bagaimanakah? Dan sesungguhnya AKU tidak dapat ditanya oleh sesuatu.

Al-LatifKU ialah KelembutanKU, dan KeelokkanKU, dan KehalusanKU, dan KeundahanKU, dan KeluhuranKU, dan KetersembunyianKU didalam tiap-tiap sesuatu.

Dan tiada yg menjadikan manfaat dan mudarat, kurnia dan tegah, gerak dan diam, daya dan upaya melainkan AKU-lah yg Zahir, dan tiada yg dapat membinasakan sesuatu melainkan AKU, dan tiada yg memberi rezeki kepada tiap-tiap makhlukKU melainkan AKU.

Ka'abah ialah rumahKU dibumi, dan Arasy ialah rumahKU dilangit dan adapun rumahKU yg hakiki itu ialah Sir hambaKU yg telah AKU sucikan ia daripada selainKU.

Maha Suci AKU daripada berhubung dan bercerai dengan sesuatu, Maha Suci AKU daripada segala sifat kekurangan, dan AKU-lah Dzat Yg Maha Besar sifat KamalatKU yg tidak dapat dikira akan bilangannya.

AKU adalah perbendaharaan yg tersembunyi, dan AKU suka bahawa AKU dikenali, maka AKU jadikan makhluk untuk mengenaliKU.

Dan telah adalah AKU dan tiada sesuatu sertaKU, dan segala sesuatu binasa melainkan AKU, dan AKU sekarang seperti mana AKU dahulu jua, Maha Esa dengan KeEsaanKU.

Tiada AKU berkehendak kepada sesuatu dan berkehendak tiap-tiap sesuatu kepadaKU

Dan AKU-lah yg menentukan Qadar bagi tiap-tiap sesuatu dan telah selesailah segala IradatKU, dan tiada perubahan bagi takdirKU, tiada pengubah terhadap hukumanKU, dan tiada hukum(undang-undang) melainkan hukum-hukumKU, AKU-lah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana

Sesungguhnya tiada Tuhan melainkan AKU Yg Maha Esa, tiada sekutu bagiKU sesuatu, bagiKU semua kerajaan dan bagiKU segala Kepujian, dan AKU diatas segala sesuatu Amat Kuasa

Maka AKU-lah Dzat Yg disembah disetiap zaman dan disetiap tempat

AKU-lah Dzat Yg Awal tiada permulaan adaKU dan AKU-lah Yg Akhir tiada kesudahan WujudKU, dan AKU-lah Yg Zahir dan telah nyata KudratKU dan IradatKU dan AKU-lah Yg Batin, DzatKU Yg Mahasuci yg terselimut ghaib didalam keghaiban yg Mutlak selama-lamanya

Dan tiada yg Wujud dengan sebenar-benarnya didalam sekalian alam ini melainkan WujudKU, AKU-lah Dzat yg Maha Esa, Maha Tunggal, Mahasuci dan Maha Tinggi AKU, dan tiada sesuatu yg seumpama AKU ( LAISA KAMISTLIHI SYAIUN ), AKU ALLAH, Al-Khaliq. Maha Benarlah AKU, Tuhan Yg Maha Agung....

- BUTA SELAIN DZAT ALLAH-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan