Isnin, 8 Oktober 2012

Siapa kah dia Hasan al-Basri


Hasan al-Basri (642 - 728 atau 737) ; الحسن بن أبي الحسن البصري‎ ; Abu Sa'id al-Hasan ibn Abi-l-Hasan Yasar al-Basri)
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu..bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu..bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu..kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah.. Maka akan jadi sedikitlah org yang memberi peringatan.."

- Imam Hassan Al-Basri

Hasan al-Basri (642 - 728 atau 737) ; الحسن بن أبي الحسن البصري‎ ; Abu Sa'id al-Hasan ibn Abi-l-Hasan Yasar al-Basri) ialah ahli teologi Arab terkenal dan Cendekiawan Muslim.
Hasan al-Basri dilahirkan di Madinah pada masa pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab pada tahun 21 Hijrah (642 Masihi). Beliau pernah menyusu dengan Ummu Salamah, isteri Rasulullah S.A.W. Hasan al-Basri juga pernah berguru kepada beberapa orang sahabat Rasulullah S.A.W. sehingga beliau muncul sebagai Ulama terkemuka dalam peradapan Islam. Hasan al-Basri telah meninggal dunia di Basrah, Iraq, pada hari jumaat 5 Rejab 110 Hijrah (728 Masihi), pada umur 89 tahun. Beliau pernah hidup pada zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik b. Marwan.

Ulasan Belanjawan 2013 oleh Dato' Seri Anuar Ibrahim